Letak Spaghetti Bolognese dalam cawan air untuk jamuan anak, wanita ini dipuji kreatif

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya sang ibu akan bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk jamuan anak, tidak kiralah dibeli atau dimasak sendiri.

Makanan wanita ini, Sarina Razali mendapat perhatian ramai kerana dilihat kreatif dan menyenangkan untuk makan.

Bagi yang biasa dengan jamuan sekolah, pastinya tahu banyak meja akan diletak di tengah supaya senang makanan diambil.

Mungkin sudah tahu kedudukan, wanita ini menyediakan Spaghetti Bolognese dalam cawan air berserta penutup.

Cara ini pastinya akan menyenangkan untuk murid mencapai dan makannya sambil duduk di kerusi sahaja.

“Jadi ke tidak, makanan untuk jamuan sekolah anak. Bolehlah daripada tak ada langsung, menu Spaghetti Bolognese,” katanya.

Rata-rata yang membalas hantaran tersebut adalah ibu-ibu yang memujinya kerana kreatif.

“Nak pegang sambil makan dan duduk di kerusi pun senang,” ujar Siti Hajar Abu Bakar.

“Penggunaan cawan tu nampak simple (senang) memudahkan pelajar nak makan,” tambah Nor Maimy Che Mat.

Zaman dulu siap sediakan pinggan kertas bagi menyenangkan proses makan, ada juga yang bawa bekal untuk dibawa balik.

Baca juga: Guna alasan pekerja dimaki, wanita berang pemilik restoran tak faham situasi