Seorang graduan mengambil inisiatif untuk mencetak resumenya di sehelai baju T-Shirt dan menggunakannya.
Menurut portal berita South China Morning Post, graduan dari China berusia 21 tahun itu memiliki ijazah sarjana muda dari Sekolah Geomatik, Universiti Wuhan di wilayah Hubei, tengah China.
Sebelum memulakan pengajiannya, dia memohon untuk menjadi intern tetapi tidak berjaya walaupun membuat banyak permohonan.
Mengambil inspirasi daripada warga emas tempatan di kampung halamannya di wilayah Henan yang membawa iklan ketika mencari kerja, pemuda berkenaan mendapat idea untuk mencetak resume pada baju-T.
“Dengan begitu ramai orang di jalanan, saya seperti papan iklan yang bergerak, pasti akan diperhatikan oleh majikan dan profesional sumber manusia,” tulis Jiale di platform Xiaohongshu.
Pada bahagian hadapan baju-T itu bertulis, “Kelas 2024 sedang mencari kerja, sila lihat bahagian belakang.”
Terdapat resume termasuk nama beliau, universiti, subjek ijazah utama, aktiviti pelajar dan latihan amali pada bahagian belakang bajunya.
Baju-T itu turut mempunyai Kod Respons Pantas (QR).
Baca juga: Isu bekas suami bermesra dengan isteri semasa idah, ini peringatan Ustaz Hadhari Ainun