Letupan di Jakarta Timur tidak babitkan rakyat Malaysia

Letupan di Jakarta Timur tidak babitkan rakyat Malaysia

Kementerian Luar Negeri (KDN) mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terlibat dalam dua insiden letupan bom yang berlaku di Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia pada Rabu, 24 Mei jam 9.00 malam (waktu tempatan Jakarta).

Penolong Setiausaha Bahagian Perhubungan dan Diplomasi Awam (KDN), Azreey Abu Kasim dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi insiden ini dengan pihak berkuasa tempatan.

“Warganegara Malaysia yang berada di kawasan kejadian adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan diri dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta,” pinta beliau.

COMMENTS

Wordpress (0)