Malaysia Dateline

Lexis Hotel Group raih tujuh pengiktirafan WTA

Lexis Hotel Group, antara jenama hospitaliti khusus premium Malaysia, meraih tujuh pengiktirafan di majlis gala Asia dan Oceania 2019 Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) yang berlangsung di Vietnam baru-baru ini.

Lexis Hibiscus Port Dickson memenangi anugerah Resort Vila Keluarga Terkemuka Asia, Resort Vila Air Terkemuka Asia, Lokasi Perkahwinan Terkemuka Asia, Resort Keluarga Terkemuka Malaysia dan Resort Terkemuka Malaysia yang kesemuanya bagi 2019.

Sementara itu Lexis Suites Penang meraih anugerah bagi Hotel Suite Terkemuka Malaysia 2019 dan Grand Lexis Port Dickson dinamakan Resot Vila Terkemuka Malaysia 2019.

“Kami gembira menerima tujuh pengiktirafan ini pada majlis gala Asia dan Oceania WTA. Ini merupakan pertama kali kami bersaing dalam WTA selain besar hati atas sokongan daripada para pelancong dan profesional industri.

“Kami akan terus menyediakan perkhidmatan terbaik dan pengalaman pelanggan luar biasa untuk kekal sebagai pilihan utama dalam pasaran yang amat kompetitif,” kata Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng dalam kenyataan.– BERNAMA