LGBT: Bermegah-megah dengan kemungkaran boleh mengundang bala, kata Pemuda Pas

LGBT: Bermegah-megah dengan kemungkaran boleh mengundang bala, kata Pemuda Pas

Dewan Pemuda Pas Pusat  hari ini berkata, kerajaan dan masyarakat wajib mencegah kemungkaran membabitkan golongan Lesbian, Gay, Biseseksual dan Transeksual (LGBT) di negara ini.

Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata, suasana hari ini dakwanya sudah ‘melampau apabila golongan LGBT ini bermegah-megah dengan perjuangan hak asasi yang dituntut mereka.

“Perasaan malu sudah hilang. Golongan ini diangkat dan disanjung sama ada secara sedar atau tidak, maka mereka dengan megah mendabik dada kerana dibela oleh pihak-pihak di dalam dan luar negara kononnya di atas asas hak asasi manusia.

“Walhal apa yang mereka lakukan bercanggah dengan tabiat semulajadi manusia,” ujarnya dalam kenyataan di facebook hari ini.

Muhammad Khalil berkata, tidak salah mana-mana pihak mendekati golongan ini dengan tujuan menasihati dan membimbing.

“Tetapi bukan mendorong dan menyokong apatah lagi mengangkat golongan ini sebagai tokoh dan ikon.

“Perlu diingat, disana ada perbezaan antara melakukan kemungkaran dan bermegah-megah melakukan kemungkaran.

“Bermegah-megah melakukan kemungkaran boleh mengundang bala daripada Allah. Kaum dan umat yang ditimpa bala oleh Allah di zaman dahulu adalah kerana mereka bermegah-megah melakukan kemungkaran. Kaum A’ad, Tsamud, penduduk Sadom dan lain-lain lagi dibinasakan oleh Allah apabila mereka menzahirkan kemungkaran dan bermegah-megah dengannya.

“Semoga Allah melindungi kita semua dari balaNya. Sesungguhnya Allah menjadi saksi bahawa kami telah menyampaikan amaran ini,” ujarnya.

6.0
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 5.0
CATEGORIES
TAGS