LGBT: Harus dibantu kembali ke pangkal jalan bukan mengiktiraf hak, kata Mahfuz

LGBT: Harus dibantu kembali ke pangkal jalan bukan mengiktiraf hak, kata Mahfuz

Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seharusnya dibantu untuk kembali semula ke identiti asal dan bukannya membangkitkan isu untuk mengiktiraf hak golongan itu secara total, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar

Beliau berkata daripada sibuk mengecam golongan LGBT dengan mengatakan mereka sebagai ancaman kepada masyarakat, tumpuan seharusnya diberi kepada usaha untuk mendekati dan mendidik golongan itu agar kembali kepada fitrah asal mereka.

“Saya fikir isu ini tidak harus dilihat dalam satu kerangka yang salah, kita harus melihat dalam konteks mendidik bagaimana nak bawa mereka balik kepada identiti yang normal, yang sebenarnya, itu yang harus dilakukan.

“Dekati mereka (LGBT) secara lemah lembut, dan bawa sifat Rahmatan Lil ‘Alamin (rahmat bagi seluruh alam semesta) kerana Islam agama yang sangat menghormati setiap manusia,” kata Mahfuz yang juga Naib Presiden AMANAHA kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Convent di Alor Setar, hari ini lapor Bernama.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa golongan LGBT di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warganegara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS