Malaysia Dateline

LHDN sumbang lebih RM75,000 kepada pusat tahfiz DQI

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyumbang RM75,780.70, hasil kutipan derma kakitangannya kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang ditimpa bencana kebakaran pada 14 September lepas.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata sumbangan itu adalah tanda simpati LHDN atas bencana yang menimpa pusat tahfiz itu dan berharap ia dapat digunakan dalam membantu usaha melahirkan masyarakat yang hafaz al-Quran.

Kejadian kebakaran kira-kira 5.15 pagi pada 14 September lepas itu meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu.