LHDN terima 486,360 kes pengakuan sukarela pembayar cukai

LHDN terima 486,360 kes pengakuan sukarela pembayar cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sejumlah 486,360 kes pengakuan sukarela pembayar cukai yang menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS)  bermula 3 November 2018 dan berakhir 23 Jun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah memberitahu Dewan Rakyat, pihak LHDN sedang memproses kes-kes berkenaan dan jumlah kutipan cukai akan diumum pada akhir tahun.

Beliau menjawab soalan Wong Kah Woh (BN-Ipoh Timur) mengenai rasionalisasi pelaksanaan PKPS dan jumlah pembayar cukai yang telah menyertai dalam skim itu serta jumlah cukai tambahan yang telah dikutip hasil dari skim itu.- BERNAMA