Libatkan anak muda dalam usaha perubahan di setiap peringkat

Libatkan anak muda dalam usaha perubahan di setiap peringkat

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Pemuda AMANAH memandang penting keterlibatan anak muda di setiap peringkat dalam usaha memulihkan negara.

Kata beliau, kementerian-kementerian yang telah dibentuk boleh mendepani usaha ini dengan mengadakan sidang meja bulat bersama kelompok-kelompok anak muda bagi mencanai idea-idea baharu, segar dan realistik.

“Badan-badan yang dibentuk peringkat Persekutuan dengan tujuan mereformasi institusi pula wajib melibatkan anak-anak muda sebagai sebahagian daripada korum atau ahli mesyuarat.

“Selain mewujudkan keseimbangan dalam setiap keputusan yang dibuat, kita mahu butiran dan perincian perubahan itu ditekuni secara holistik agar impak positifnya nanti kekal relevan demi kebaikan generasi akan datang,: kata beliau dalam satu kenyataan.

Jelas beliau lagi, tidak hanya terhenti di peringkat Persekutuan, keterlibatkan anak-anak muda, dalam dan luar parti politik, untuk merangka dasar dan undang-undang perlu diluaskan di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kaedah dan mekanisme keterlibatan itu boleh diperhalusi sebaiknya.

“Pokoknya, kita tidak mahu generasi masa depan dicicirkan dalam usaha membina semula negara ini,” kata Shazni.

7.0
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 6.0
CATEGORIES
TAGS