Malaysia Dateline

Libatkan swasta beri vaksinasi Covid-19 patut jadi langkah utama kerajaan, kata DAP

Penglibatan doktor dan sektor swasta dalam program vaksinasi patut menjadi langkah utama kerajaan untuk untuk memerangi wabak Covid-19 bagi menyelamatkan nyawa dan kehidupan dengan sesegera yang mungkin.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, langkah ini perlu untuk melibatkan penyediaan perkhidmatan kesihatan swasta dalam usaha kerjasama itu.

Peningkatan jangkitan baharu sebanyak 1,529 kes semalam menjadi petanda tambahan yang gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia (yang merupakan gelombang penularan terlama untuk wabak ini di dunia) akhirnya berada dalam kawalan.

Bagi ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, peningkatan hanya 1,529 kes baharu semalam bukan sahaja merupakan kadar terendah untuk tahun ini, tetapi kadar ini adalah angka terendah sejak 27 Disember tahun lepas, di mana kadar jangkitan baharu berada pada 1,196 kes.

Angka 1,196 pada 27 Disember ini juga merupakan angka terendah untuk bulan tersebut di mana bulan Disember mencatatkan 24 hari dengan peningkatan melebihi paras 2,000 kes sehari dengan dua hari peningkatan dalam julat tiga angka.

“Adakah rakyat Malaysia boleh berharap yang angka ini akan terus turun ke dalam julat tiga angka? Kita hanya mampu berdoa,” kata Kit Siang.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, mengatakan yang kerajaan merancang untuk memastikan ke semua 500,000 petugas barisan hadapan diberikan vaksin dengan dos pertama menjelang 31 Mac.

“Khairy perlu memikirkan bagaimana program vaksinasi ini dapat dipercepatkan, supaya program ini dapat disiapkan dengan segera supaya negara kita dalam kembali normal dan proses pemulihan ekonomi dapat bermula.

“Tindakan kerajaan untuk melibatkan doktor am daripada sektor swasta dalam program fasa kedua dan ketiga program vaksinasi ini amatlah dialu-alukan,” kata beliau.