Lidah rasmi Pas terus jadikan Kit Siang sebagai sasaran serangan

Lidah rasmi Pas terus jadikan Kit Siang sebagai sasaran serangan

Sememangnya, segala kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin menyerlahkan sikap melampaunya, tegas Harakah melalui ruangan Komen Editor.

Suara ‘garang’ akhbar lidah rasmi Pas bagi edisi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu ekoran beberapa kritikan Kit Siang terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Artikel itu menyebut tentang dakwaan pemimpin veteran DAP itu bahawa Hadi mahu menjadi Perdana Menteri ketika musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu serta hanya berminat soal ‘dedak’ apabila menyentuh tentang dakwaan salah laku Najib.

Tidak cukup itu, Komen Editor turut membangkitkan kenyataan Kit Siang terhadap hudud yang diperjuangkan Pas adalah ciptaan manusia.

“Menyalahkan Pas untuk bertanding di kedua-dua PRK itu (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) ternyata tindakan yang langsung tidak berasas kerana kedua-dua kawasan Parlimen itu adalah kawasan tradisi Pas sejak puluhan tahun lalu.

“Sebaliknya, Pan (Amanah) dan Pakatan Harapanlah yang sepatutnya faham dengan realiti itu dan menghormati hak Pas,” ujarnya dipetik dalam akhbar keluaran 17-19 Jun itu.

Turut menganggap “lebih mengecewakan” apabila  Kit Siang didakwa masuk campur dalam hal ehwal Islam, ruangan editor itu bertegas Pas tetap menentang sesiapa sahaja yang dianggapnya bersalah.

COMMENTS

Wordpress (0)