Malaysia Dateline

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong

Liew nafi laporan portal berita mengenai LTTE

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ketika wawancara dengan sebuah portal berita.

“Merujuk laporan The Malaysian Insight “Isu LTTE cubaan momokkan DAP, kata Chin Tong” dan “Tamil Tigers an attempt ‘to turn DAP into bogeyman”; adalah dimaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong dalam wawancara semalam telah tidak menyebut apa-apa sama sekali tentang LTTE.

“Malah secara spesifik tidak mahu memberi respon terhadap hal tersebut.

“Rakaman audio tidak mencerminkan sebarang ulasan terhadap isu LTTE, sebaliknya memberi jawapan tentang bagaimana DAP telah dijadikan momokkan sejak sekian lama.

“Justeru itu, tajuk laporan The Malaysian Insight adalah tidak benar, dan Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan telah menghubungi editorial supaya ia diperbetulkan.
,” ujar kenyataan dari Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan hari ini.

Hari ini dilaporkan oleh The Malaysian Insight bahawa DAP mendakwa isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sengaja dimainkan musuh Pakatan Harapan (PH) untuk memomokkan parti itu dan mengurangkan sokongan Melayu terhadap kerajaan.

Pada 10 Oktober lepas 2 wakil rakyat DAP antara 7 individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).