Liew Timbalan KM Wanita pertama ubah dimensi politik Sabah

Liew Timbalan KM Wanita pertama ubah dimensi politik Sabah

Timbalan Ketua Menteri wanita Sabah pertama, Christina Liew mengubah dimensi politik di negeri itu.

Di bawah Kabinet Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Liew adalah wanita Cina pertama yang memegang jawatan itu, dan wanita kedua selepas kekosongn selama 24 tahun sejak bekas Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Ariah Tengku Ahmad meletak jawatan pada tahun 1994.

Liew memikul tanggungjawab besar bukan sahaja sebagai Timbalan Ketua Menteri tetapi juga sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Ahli Parlimen Tawau, Ahli Dewan Undangan Negeri Api Api dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah.

Liew berjanji untuk meningkatkan industri pelancongan negeri, mengetatkan perlindungan untuk hidupan liar Sabah dan menghasilkan perubahan bermakna di negeri ini.

“Bersama-sama dengan kementerian, kami menanti masa depan yang lebih baik,” katanya ketika kepada The Star hari ini.

Liew juga mengumumkan bahawa beliau telah melepaskan kerjaya selama diceburinya selama dua dekad sebagai seorang peguam untuk memberi tumpuan kepada tugas baharunya.

“Saya telah memaklumkan kepada Persatuan Undang-Undang Sabah bahawa saya berhenti kerja kerana inilah janji yang dimasukkan dalam manifesto saya,” kata Liew, yang berada dalam profesion undang-undang selama lebih daripada 20 tahun itu.

Atas jawatannya sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Liew berkata dia menyukai pekerjaan baharunya setakat ini “ia memberi saya banyak cabaran untuk memacu negeri Sabah ke hadapan dalam tiga bidang ini.

Liew merancang untuk memacu sektor pelancongan bukan sahaja di Kota Kinabalu tetapi juga untuk meluaskannya ke seluruh negeri Sandakan dan Tawau, yang terletak di tenggara Sabah.

“Pelancongan tidak boleh disekat di Kota Kinabalu atau Semporna, yang merupakan tempat pelancongan paling terkenal di Sabah.

“Kami juga akan mengkaji untuk membina lebih banyak hotel untuk memenuhi lebih banyak pelancong,” kata Liew.

Walaupun tidak menjadi destinasi pelancongan yang popular, Tawau adalah titik transit popular bagi pelancong kerana ia mempunyai lapangan terbang terdekat ke daerah jiran Semporna, yang terkenal dengan kawasan menyelamnya.

Di Kabinet negeri pula, tiga wanita juga dilantik sebagai pembantu menteri- Adun Kunak Norazlinah Arif bagi Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat; Adun Moyog Jenifer Lasimbang untuk Kementerian Pendidikan dan Inovasi; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayan, Jannie Lasimbang untuk Undang-undang dan Kementerian Hal Ehwal Orang Asli.

CATEGORIES