Lim Guan Eng dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town untuk didakwa

Lim Guan Eng dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town untuk didakwa

 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibawa ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi ini bagi didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.

Beliau juga akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon, yang menjual banglo tersebut kepada Lim, juga bakal  didakwa.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengetuai pasukan pendakwaan manakala Lim akan dibela oleh Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer.

Phang pula akan dibela oleh K Kumaraendran dan Devkumar Kumarendran.

Lim dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen George Town tepat jam 10 pagi. Beliau terus memeluk ibu dan isterinya di samping bersalam dengan bapanya Lim Kit Siang.

Ketibaan Apandi disambut dengan sorakan oleh penyokong Lim yang penuh sesak di perkarangan mahkamah dan dalam mahkamah.

Penyokong Lim dilihat mengeboo dan melaungkan “Bebas Guan Eng, tangkap Najib” dari luar mahkamah.

COMMENTS

Wordpress (0)