Malaysia Dateline

Lima kali sebut ‘kelang’ kabut, leteran pemandu lori ini buat warganet terhibur

Leteran seorang pemandu lori hingga lima kali menyebut ‘kelang’ kabut yang tular di media sosial membuatkan kalangan warganet terhibur.

Reaksi spontan pemandu lori itu yang difahamkan berlaku di simpang empat Telok Gong di Selangor itu muncul apabila dia terpaksa memberi laluan kepada kenderaan yang ingin membelok ke kanan.

Kelang kabut, kelang kabut, kelang kabut, kelang kabut, bila aku nak jalan?!

Kelang kabut semuanyalah! Halah!” katanya dengan nada marah.

Selain ramai yang membetulkan sebutannya iaitu sepatutnya “kelam kabut”, ada yang berpendapat pemandu lori itu sebenarnya yang demikian.

“Kelam kabut pun, semua bawa kenderaan perlahan, steady dan selamat. Kamu sahaja yang kelam kabut, tension, tak ada kesabaran. Chill bro, be happy,” kata Nirmala.

Dalam masa sama, ramai yang menasihatkan semua pengguna jalan raya agar lebih bersabar dan tidak salah memberi laluan tetapi masih mengutamakan keselamatan semua pihak.

“Saya akan beri laluan kepada kenderaan yang nak masuk simpang ke kanan sekiranya saya tidak ada keperluan nak cepat.

“Tapi sebelum itu, tengok dulu kereta belakang laju atau tidak atau tengok juga motor dari tepi, takut kita berhenti untuk beri laluan tapi motor dari tepi terus saja,” kata Rodzi Othman.

Tips untuk saling bertolak-ansur ketika waktu sesak di jalan raya juga diberikan oleh Norhaslinda Haron.

“Kalau bila semua arah padat atau sesak, kenalah selang-seli. Selepas pemandu lori ini dah bagi laluan kat kereta tu, lori dari arah bertentangan tu kenalah tunggu abang lori ni lepas dulu, baru dia pulak lintas. Macam tu lah kaedahnya,” ajar Norhaslinda.

Tidak kurang juga yang menganggap tindakan pemandu lori berkenaan menjerit sekurang-kurangnya dapat meredakan stres sepanjang pemanduan.

“Ramai sangat orang yang pentingkan diri sendiri sekarang, bawa bersabar ya abamTakpe jerit aje, bagi stres itu keluaq!” ujar Catherine Das pula.

Tidak kurang juga yang berkongsikan tips untuk mengelak daripada jenuh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Antaranya, merancang perjalanan dengan keluar lebih awal seperti ditekankan Lim Yong Fatt.

Menurutnya, tidak guna bising dan marah-marah ketika memandu memandangkan semua pengguna kenderaan membayar cukai jalan.

“Bukan kita punya jalan raya seorang. Semua ada urusan. Mesti mahu bijak supaya hal ini tidak terjadi. Rancang perjalanan setiap masa supaya diri sendiri tak susah atau menyusahkan orang lain,” tegasnya.

Bagi pengguna Facebook Ha Ling pula berpendapat pemandu lori itu sendiri tidak perlu kelam-kabut sebaliknya boleh saja meneruskan perjalanan.

“Jalan saja. Lagipun abang di jalan yang lurus. Buat apa mesti terus bagi mereka buat undang-undang sendiri,” ujarnya.

Baca juga Kereta dilanggar belakang ketika Hari Raya ‘mengejut’, jangan maki hamun, ikuti 14 tips apa patut dibuat