Malaysia Dateline

Lima kes BID akibat Covid-19

Lima daripada 11 kematian akibat Covid-19 semalam melibatkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID).

Bagi kes BID atau pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan, masing-masing dua kes dicatatkan di Johor dan Sabah serta satu di Kelantan.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 6,493 kes BID di negara ini.

Pertambahan kes kematian setakat semalam menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan Covid-19 kini mencecah 32,125 kes.

Data Covidnow memaklumkan daripada 11 kes kematian itu, lima kes dicatat di Sabah, Johor (empat) manakala masing-masing satu kes di Kelantan dan Pahang.