Lima minggu harga minyak tidak berubah bukti janji PH mampu ditunai

Lima minggu harga minyak tidak berubah bukti janji PH mampu ditunai
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

Dr Wan Azizah Ismail

Pengekalan harga petrol dan diesel selama lima minggu berturut-turut membuktikan harga petrol dan diesel boleh distabilkan, kata Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengekalan harga ini, ujarnya berlaku ketika harga minyak di pasaran antarabangsa berada pada paras tertinggi sejak Nov 2014.

Ini tambah beliau, menimbulkan persoalan sama ada pengekalan harga minyak tempatan sengaja dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU).

“Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini diumumkan tidak berubah. Sungguhpun harga minyak Brent berada di paras paling tinggi sejak Nov 2014, harga kekal untuk lima minggu berturut-turut.

“Ini menimbulkan persoalan adakah harga petrol dan diesel tidak berubah selama lima minggu berturut-turut kerana PRU ke-14 akan berlangsung pada 9 Mei ini?” soal Dr Wan Azizah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan janji PH untuk menstabilkan harga petrol dan diesel jika diberi mandat menerajui Putrajaya dengan memperkenalkan semula subsidi secara bersasar dalam 100 hari pertama pentadbiran PH.

“Ini sejajar dengan teras utama pentadbiran PH iaitu untuk meringankan bebanan kehidupan rakyat,” ujar beliau.

6.7
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 6.0