Lima negeri akan beralih kepada Fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 5 Julai ini.
Negeri-negeri terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media berhubung Fasa Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara, di Putrajaya hari ini.
Dalam Fasa 2 PPN pergerakan rentas daerah dan negeri adalah masih tidak dibenarkan, pengecualian akan diberikan untuk pergerakan guru sekolah dan pelajar-pelajar kelas peperiksaan.
Pengecualian khas akan diberikan kepada pasangan jarak jauh dalam kes-kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan PDRM.
Senarai positif bagi sektor yuang dibenarkan beroperasi akan diperluaskan adalah sektor perdagangan dan pengedaran iaitu kedai buku dan alat tulis, komputer dan telekomunikasi, barang elektrik, kedai cuci kereta dan perkhidmatan gunting rambut.
Pasar tani dan pasar pagi dibenarkan beroperasi dari jam 7.00 pahi sehingga 11.00 pagi dan jualan terhad kekepada enam komoditi utama iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging.
Bagaimanapun pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka.
Aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tiada sentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter dibenarkan.
Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap “sederhana”; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.
Berdasarkan kerangka PPN di peringkat pusat, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan kerana kes COVID-19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya.
Langkah lebih khusus ini akan membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa sekali gus melonggarkan sekatan pergerakan dan aktiviti ekonomi.