Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Lima Pusat Pulih dan  Prihatin di Sarawak  akan dinaik taraf

Lima Pusat Pulih dan Prihatin di Sarawak akan dinaik taraf

MAHDAR BUJANGFebruary 4, 2020 2:39 pm




Lima Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC) di Sarawak akan dinaik taraf bagi membantu sebahagian kecil penagih dadah yang memerlukan rawatan dalam masa terdekat ini.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaa (AADK) Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pusat berkenaan hanya cuma dapat membantu merawat kondisi kes penagih yang tidak serius sahaja dengan memberi khidmat kaunseling dan lain-lain.
Jelas beliau, sekiranya terdapat kes-kes yang serius, mereka perlu dirujuk ke Pusat Rawatan dan Pemulihan di Kuching.
Zulkifli menambah, seramai 1,640 orang dalam pengawasan atas perintah mahkamah di seluruh Sarawak telah di tempatkan di Pusat Serenti Kuching.
“Jumlah terbabit berkemungkinan akan bertambah dari tahun ke tahun tetapi rekod yang diperolehi menyatakan Sarawak adalah salah sebuah negeri yang terendah kes penyalahgunaan dadah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) dan Klinik Cure & Care (C&C) Kuching di Puncak Borneo, hari ini.
Beliau seterusnya memberitahu, lazimnya penagih di negara ini termasuk di Sarawak lebih memilih dadah sintetik antaranya amphetamine dan methamphetamine (syabu) berbanding dadah  candu, morfin, ganja dan heroin.
Sementara itu, Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh menegaskan bahawa tujuh kawasan yang telah dikenalpasti berisiko tinggi di negeri ini adalah tiga iaitudi Kuching dan dua masing-masing di Samarahan dan Miri.
Katanya, kawasan terbabit antaranya ialah Kampung Haji Baki, Kampung Tabuan Melayu, Matang, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Baru, Bekenu dan Batu Niah.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Awas, usaha nak tanam kebencian tu

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production