Lima tawaran PH untuk Sarawak

Lima tawaran PH untuk Sarawak

Pakatan Harapan (PH) komited untuk memperkasa hak dan autonomi Sarawak melalui lima teras ‘Tawaran Baru’ khusus buat wilayah ini.

Tawaran tersebut dibacakan di hadapan ribuan hadirin oleh Pengerusi Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen dalam suatu ceramah mega di Kuching malam tadi.

“Pakatan Harapan bertekad dan berjanji menjamin lima teras untuk Wilayah Sarawak dan rakyat Sarawak,” katanya yang juga Pengerusi DAP Sarawak.

Lima tawaran itu ialah:

Hak Kerajaan Wilayah
Hak Petroleum dan Hasil yang adil
Hak Pembangunan Infrastruktur Asas dan Tanah Saksama
Hak pendidikan berkualiti; dan
Hak Pembangunan Ekonomi Saksama dan Pengupayaan Anak Muda, Wanita dan Golongan Minoriti

“Lima teras ini kami jamin melalui reformasi struktural dan tatakelola baik berpaksikan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan,” kata Chieng Jen.

Majlis malam tadi dihadiri oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang; Ahli Jawatankuasa AMANAH, Dr Hatta Ramli; Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan pemimpin tempatan.

CATEGORIES
TAGS