Linda Onn sedih Kak Lina Pompom tak jadi pengacara Gegar Vaganza 11

Oleh KIM SYAZIE

Penyampai radio, Linda Onn mengakui sanggup menghadiri program Gegar Vaganza 9 ketika rancangan itu dikendalikan artis versatil, Elly Mazlein.

Namun kata Linda, dia berasa agak terkilan ketika Elly Mazlein tidak diumumkan sebagai pengacara rancangan tersebu yang akan bersiaran 24 November depan.

“Jujur memang masa itu saya tengok GV(Gegar Vaganza) pun sebab awak (Elly Mazlein).

“Sampai sanggup ke dewan tengok secara langsung. Awak sangat bertenaga. Hilang penat dan stres tengok semangat awak.

“Sayang GV ini awak tiada,” katanya di Instagram Stories.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi tetap dengan pendirian tidak akan mengacarakan GV11 kerana baginya pengacara sedia ada iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse adalah pengacara terbaik.

Pada masa sama, Elly turut menasihati peminat agar tidak bersedih kerana tidak terlibat mengacarakan program terbabit.

Baca juga: Tengok cara anak ini mandikan ibu terlantar, mereka yang tak larat angkat pesakit boleh cuba