Lip Eng saran Vigneswaran buat pilihan  Presiden MIC atau YDP Dewan Negara

Lip Eng saran Vigneswaran buat pilihan Presiden MIC atau YDP Dewan Negara

Tan Sri S Vigneswaran

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyarankan agar Tan Sri S Vigneswaran lebih berlaku adil dan bermoral untuk bersedia meletakkan salah satu jawatan disandangnya sebagai Presiden MIC atau Yang Dipertua Dewan Negara.

Dalam kenyataan hari ini Lip Eng berkata, mana-mana lantikan politik harus meletakkan jawatan sebaik sahaja kerajaan baharu Pakatan Harapan ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Ini akan membolehkan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan melantik calon pilihannya.

“Jika beliau berkeras hendakkan kerusi speaker,beliau perlu meletakkan jawatan dalam MIC atau sebaliknya,” ujarnya.

Lip Eng merujuk kepada bekas hakim mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff yang telah meletakkan semua jawatan disandangnya dalam Parti AMANAH Negara (AMANAH) selepas dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Vigneswaran menang tanpa bertanding jawatan presiden MIC baru-baru ini.

“Presiden MIC boleh mendabik dada dan berkata tidak memihak, tetapi kita semua tahu di mana kecenderungan dan kesetiaannya,” katanya lagi.

Vigneswaran dilantik sebagai speaker Dewan Negara pada 26 April 2016 ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES