Malaysia Dateline

LIPUTAN LANGSUNG: Himpunan rakyat nyatakan solidariti cintakan kedamaian Malaysia hari ini

9.50 pagi: Dr Mujahid membacakan Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 yang mempunyai lima teras utama. Acara mengutip sampah diketuai Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia. Peserta kelihatan telah bersedia. Himpunan Solidariti Kedamaian bersurai dalam suasana harmoni.

9.40 pagi: Pelancaran telah disempurnakan Dr Mujahid, disaksikan Waytha Moorthy. Terima kasih kepada Persatuan Buddha, Sikh, Hindu Sangam dan semua.

9.35 pagi: Dr Miujahid berkata,  “kita tak boleh asingkan diri dalam apa yang berlaku di New Zealand. Sebagai manusia, kita ada perasaan.

Kita wajib kutuk serangan itu sekerasnya.

Sebab itu, kita mesti pada waktu sama sebut tentang ‘we believe in peace’.

‘We condemn violence’.

“Kalau kita seperti pengganas, balas dendam, apa bezanya kita dengan pengganas. Kita tak sama taraf dengan pengganas dan pembenci. We are above them, beyond them

“Our message is peace to everyone. Malaysia choose a path to peace”

9.15 pagi: Waytha Moorthy berkata, New Zealand sebuah negara aman damai. Tapi disebabkan seorang, kebencian boleh menghancurkan kedamaian.

Jangan kita ikut perasaan kebencian yang ditimbulkan orang lain. Hidup lah dalam keadaan harmoni

Marilah kita bersatu padu demi Malaysia, hidup saling menghormati antara satu sama lain

Dr Mujahid bakal melancarkan himpunan dalam masa beberapa minit lagi.

9.07 pagi: Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzukefly, berkata senyuman mu bakal merawat dunia yang sedang dilanda kebencian kaum.

Kami titipkan doa buat mu Haziq dan arwah roh-roh yang lain, semoga dibangkitkan nanti bersama para solihin.

Tahniah kepada Presiden New Zealand, kerana benar-benar simpati pada kecelakaan ini.

Dunia akan bangkit beri penghormatan. Islam meraikan kepelbagaian. Atas kepelbagaian itulah Islam meraikan semua.

Allah menjadikan kita dalam kepelbagaian dan kepimpinan yang bertakwa itulah yang menguruskan kepelbagaian ini

9.03 pagi: Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata, saya amat menyeru umat Islam jangan kita pulak lakukan apa yang kita marah sangat orang lakukan pada kita.

Politik kemarahan kebencian, politik ketakutan tidak ada ruang di bumi Malaysia. Saya harap rakyat Malaysia menolaknya dan hidup aman damai.

Muka depan surat khabar NZ tulis “Salam”,

Biar Malaysia jadi sebahagian negara yang menunjukkan sinar perpaduan.

8:55 pagi: Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub, berkata hari ini kita berkumpul untuk menunjukkan solidariti, mencari keamanan dan kedamaian.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, saya lihat pelbagai kaum pada pagi ini, berlainan latar belakang, namun berjaya berkumpul di satu tempat pagi ini.

Kita datang untuk menunjukkan solidariti, dan pencinta kepada keamanan.

8.53 pagi: Zarina, kakak kepada bapa Mohd Haziq yang terkorban berkata kami sekeluarga terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan. Datuk Dr Mujahid yang sudi melihat adinda kami di sana.

Biarpun ujian ini berat diterima, kami menerima dengan hati yang redha. Sesungguh kita semua rakyat Malaysia cintakan kedamaian dan keamanan

8.42 pagi: Wakil Turki, Australia dan Duta dari Zealand kini berada di pentas dan menyatakan sedih atas serangan yang berlaku. New Zealand dan amat berterima kasih atas sokongan kerajaan Malaysia.

8:40 pagi: Duta New Zealand baru tiba di Dataran Merdeka, beliau disambut oleh Dr Mujahid.

8:35 pagi: Laungan hancur hancur kezaliman! Hancur hancur keganasan! Up up kedamaian! terus bergema di Dataran Merdeka. Laungan diketuai Amin Idris

8.33 pagi: Presiden Malaysia Hindu Sangam, Datuk Rs Mohan Shan, berkata hari ini adalah hari bersejarah kerana rakyat Malaysia berkumpul beramai-ramai untuk meraikan semangat kedamaian. Kedamaian tanpa mengira kaum.

Perasaan kebersamaan dan muafakat sangat terserlah sejak zaman datuk nenek kita dahulu, kita sebagai masyarakat penyayang harus lebih peka sebagai penduduk negara majmuk.

Kita diajar untuk menghormati sesama manusia dan ini perlu dipupuk untuk anak anak kita supaya hidup dalam kedamaian.

8:22 pagi: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa; Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifili Mohamad Al Bakri; Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar dan Waytha Moorthy antara yang kelihatan di Dataran Merdeka

8.10 pagi:  Peserta telah tiba di pentas utama. Dua personaliti Amin Idris dan Heliza Helmi menjadi pengacara pada himpunan kali ini. Para peserta melaungkan slogan ‘Hidup! hidup! keamanan, hidup! hidup! kedamaian. Antara poster yang mencuri tumpuan  ‘stand together against hate’ tolak keganasan, tolak kebencian solidariti 4peace, ‘turn to love’

8.06 pagi: Perarakan dari Sogo telah memasuki Dataran Merdeka yang turut diiringi kenderaan polis.

7.55 pagi : Sebahagian peserta dilihat sedang mengambil gambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sementara menunggu program bermula.

7.50 pagi: Peserta sudah mula berarak dikawal oleh pihak polis dan pihak NGO Ikram. Para peserta berarak membawa bendera dan slogan “hidup, hidup keamanan”. Terdapat juga beberapa peserta membawa bunga chrysanthemum memperingati mangsa terkorban di Christchurch.

7.42 pagi: Peserta sudah mula beratur, penganjur dilihat menyusun atur pergerakan peserta bersama slogan yang akan berarak di menuju ke Dataran Merdeka. Himpunan di jangka berarak pada 7.50 pagi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid sudah tiba sertai peserta berhimpun.

7.20 pagi: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad baru sahaja hadir. Dilihat turut hadir, Timbalan Ketua Sekretariat Amanah Parlimen Kepong, Mohd Noor Ali Akbar, Bekas Adun Pas Kampung Raja Besut Ustaz Abdul Aziz Abbas, dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Raja Kamarul Bahrin.

7.01 pagi: Anggaran peserta meningkat sehingga 100 orang di sogo. Mereka dilihat memakai baju Tshirt putih. Manakala di Sekitar masjid negara masih lagi lengang. Belum ada peserta kelihatan.

6.50 pagi:  Peserta sudah mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo. Jumlah peserta baru mencapai sehingga 20 orang. Ada yang dah mula bergambar dengan slogan2 yang dibawa antaranya #solidarity 4peace.

Hari ini buat pertama kali himpunan Solidariti Kedamaian diadakan di Dataran Merdeka susulan insiden yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch pada tengahari Jumaat pada 15 Mac lepas.

Himpunan Solidariti yang akan menghimpun rakyat Malaysia  hari ini bagi memutuskan tiga pendirian Malaysia terhadap insiden yang berlaku turut mengorbankan seorang remaja Malaysia Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi,17.

Manakala bapa Muhammad Haziq, Mohd Tarmizi Shuib juga cedera dalam serangan itu masih menerima rawatan dan dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

Solidariti Kedamaian anjuran Jabatan Perpaduan serta JawatankuasaMempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dan beberapa NGO dan NGI serta ketua-ketua agama semua kaum di negara ini.

Solidariti Kedamaian diadakan hari ini menuntut tiga perkara:

1) Mengutuk serangan yang berlaku di Christchurch, New Zealanddan menegaskan tiada agama yang suka pada perpecahan danpeperangan. Sebaliknya, semua agama cintakan kedamaian.

2) Mewujudkan lebih banyak ruang perbincangan dan komunikasi antara agama dengan menjadikan JKMPKA sebagai jawatankuasa induk untuk mengerakkannya.

3) JKMPKA bersama NGO akan mengetuai himpunan Solidariti Kedamaian yang diadakan hari ini.

Dijangkakan 10,000 rakyat Malaysia akan berhimpun secara aman untuk menyatakan solidariti kepada kedamaian dan keamanan di negara ini agar insiden yang berlaku di New Zealand tidak menjadi igauan ngeri rakyat negara ini di masa hadapan.

Himpunan akan bermula pada jam 7.30 pagi di hadapan Pusat Membeli Belah Sogo dan peserta himpunan akan berarak ke Dataran Merdeka.

Di Dataran Merdeka dijadualkan beberapa pidato mengenai kedamaian dan keamanan akan disampaikan oleh wakil-wakil NGO, NGI dan ketua-ketua agama.

Antara NGO-NGO yang hadir ialah wakil daripada Angkatan BeliaIslam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Gabungan Dakwah Malaysia, Gabungan Bertindak Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Malaysian Consultative Council ofBuddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Christian Federation Malaysia (CFM).

berita menyusul lagi…