Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Liridon sah warganegara Malaysia

Liridon sah warganegara Malaysia

BernamaFebruary 3, 2020 4:06 pm




 Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Liridon Krasniqi hanya selangkah daripada menyarung jersi skuad Harimau Malaya, selepas sah memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui proses naturalisasi.

Perkembangan tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini dengan menyifatkan ia sebagai satu kejayaan dalam usaha memperkasakan skuad kebangsaan, menerusi program pengambilan pemain naturalisasi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pemain yang berasal dari Kosovo itu sah menjadi warganegara Malaysia, selepas menerima kad pengenalan (MyKad) di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, Liridon, 28, bakal mengikut jejak langkah pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh beraksi bersama skuad kebangsaan, namun kini hanya perlu menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA, bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.

“Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti, akan dapat memperkasakan lagi pasukan,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Pada masa sama, FAM merakamkan penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri khususnya Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang banyak membantu sepanjang proses Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia, melalui naturalisasi tersebut.

FAM yang menyasarkan Malaysia berada dalam kelompok 100 terbaik menjelang 2026, mengorak langkah awal dengan menjadikan Sumareh yang merupakan pemain kelahiran Gambia sebagai pemain naturalisasi pertama negara, pada Julai 2018.

Sumareh membantu skuad Harimau Malaya di bawah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe muncul naib juara Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018.

Selepas Liridon, tumpuan sudah pasti terarah kepada penyerang Perak Guilherme De Paula, yang turut berada di dalam radar FAM sebagai calon pemain naturalisasi negara.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production