Malaysia Dateline

‘Lirik’ ikut lidah Melayu hiasi video muzik lagu ‘terlupo sama akmal’

Lagu berbahasa Russia yang tular di TikTok kini sudah boleh dinyanyikan dengan mudah mengikut lidah Melayu apabila ‘lirik’ sebutannya muncul dalam video muzik rasmi penyanyi Amirchik.

‘Eta Lyubov’ dilihat banyak diguna menjadi lagu latar dalam kandungan video selain kerap For You Page (FYP) dalam banyak akaun pengguna TikTok.

Rentaknya bukan sahaja rancak bahkan sebahagian sebutannya mirip dengan perkataan dalam bahasa Melayu.

Malah, liriknya ada kedengaran seperti dialek Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kelantan selain nama individu sekaligus menjadikan lagu itu dekat dengan rakyat negara ini.

Menerusi klip video lagu yang dimuatnaik dalam laman YouTube rasmi penyanyi remaja berkenaan, lagu itu antara lain “diterjemah” menjadi:

“Eh terlupooo, sama akmal, minta hutang, yap bodoh piang, miskin harto, si bapak kau, tinggi mayat, tinggi mayat”.

Klip video berdurasi hanya 2 minit 25 saat tersebut setakat ini menduduki tangga ke 23 ‘trending’ untuk muzik di YouTube hanya selepas dua hari dimuatnaik di platform itu.

‘Lirik’ sebutan yang menjadi fenomena itu merujuk bagi rangkap lagu yang berbunyi:

“Eta lyubovʹ sama abman
I da utra ya budu pʹyan
Viski narkoz i va blaka
Ty ne maeya, ty ne maeya”

Seorang Tiktokers dari Malaysia kemudiannya menterjemahkan rangkap lirik itu kepada:

“Cinta ini menipu diri sendiri,
dan sehingga pagi saya akan mabuk,
Wiski – bius dan ke awan,
kau bukan milikku.”

Baca juga Ini senarai lagu ketuhanan nyanyian Siti Nurhaliza, lagu kelima mungkin ramai tidak sangka