Lirik lagu terpampang di skrin TV AJL, netizen kata dah macam ‘power point’!

Oleh KIM SYAZIE

Anugerah Juara Lagu (AJL) 37 yang berlangsung semalam menjadi bualan ramai gara-gara paparan grafik pertandingan berprestij itu kurang memuaskan.

Rata-rata penonton setia AJL mengkritik bahagian lirik lagu yang tiba-tiba muncul di skrin televisyen ketika persembahan lagu Nang nyanyian Iman Troye.

Mereka mengumpamakan paparan lirik itu saling tidak tumpah seperti penerangan ‘power point’.

“Ingat dah tak ada, rupanya masih ada lagi,” komen netizen.

“Budak ‘internship’ kot buat untuk AJL. Bagi meriah skrin Televisyen. Budak boleh belajar eja sama-sama,” sindir yang lain.

“Dia dah buat dah power point gini. Orang nak tengok AJL37 bukan presentation,” kata netizen.

Pada masa sama, mereka juga mengkritik rakaman kamera AJL yang tidak memberi tumpuan sepatutnya kepada penyanyi yang membuat persembahan.

Mereka juga mempertikai gaya jurukamera yang merakam dengan gaya senget-senget ketika awal pembukaan AJL37.

“Bruh ‘shot’ pentas pun senget,” komen netizen.

Camera work #AJL memang macam hanat. Siapa lah yang dok ajar zoom audience setiap 2 saat. Nyampah betul,”.

“Boleh tak biar semua artis in-frame. Ni zoom out, jauh sangat dia pergi. Zoom in karang kemain dekatnya,” komen lagi yang lain.

Baca juga: Dakwa tak dibenar masuk rumah arwah Abam, Ali Puteh tampil buka mulut mahu bersihkan nama