LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR: Jumlah keluar mengundi hampiri sasaran

LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR: Jumlah keluar mengundi hampiri sasaran

SEJUMLAH 32, 632 pengundi Kuala Kangsar yang layak akan mengundi mulai jam 8.00 pagi ini apabila pusat mengundi dibuka di pilihan raya kecil kali ini.

Mereka akan memilih antara empat calon yang bertanding iaitu calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti AMANAH Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Bagaimanapun, daripada keempat-empat calon itu hanya Mastura yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah merupakan pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi (Shah Alam, Selangor), manakala Izat Bukhary (Kelantan).

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50

IKUTI LAPORAN SECARA LANGSUNG DARI KUALA KANGSAR DI MALAYSIA DATELINE

5.00 petang

23 Pusat Daerah Mengundi (PDM) PRK  Kuala Kangsar ditutup.

3.06 petang

Pengarah Pilihan Raya Amanah Perak Ahmad Adli Abdullah mendakwa beberapa pengundi di Jalan Kangsar yang tidak dibenarkan mengundi di kawasan itu tidak membuat semakan status pengundian lebih awal.

2.53 petang

Sehingga jam 2.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 59 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

2.47 petang

Sehingga jam 1.00 petang tadi, sumber SPR menyebut 53 peratus pengundi sudah membuang undi di PRK Kuala Kangsar.

12.35 tengahari

Petugas BN didakwa memberi 'dedak' kepada pengundi selepas mereka mengisi borang khas.

Para petugas Barisan Nasional (BN) dikesan memberikan sampul surat berisi wang tunai kepada pengundi di dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini. Mereka  menerima sampul surat itu selepas mengisi satu borang khas.

12.15 tengahari

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli bertemu MB Perak Datuk Seri Dr Zambry di Ulu Kenas Manong.

Calon Amanah Dr Termizi memeluk naib presiden Pas Idris Ahmad yang kelihatan tidak selesa

Pengundi datang dengan bot untuk mengundi selepas janji jambatan hanya tinggal janji sahaja

Sebanyak 36 peratus daripada 32,632 pemilih yang berdaftar, keluar mengundi setakat pukul 11 pagi bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar.

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat pukul 10 pagi tadi proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku, lapor Bernama.

 Semua 23 pusat mengundi dibuka tepat pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak.

11.55 pagi

Ramai pengundi tiada nama di tempat mereka biasa mengundi selepas dipindahkan tanpa pengetahuan mereka termasuk pengundi ini. Gambar Malaysiakini.

Beberapa orang pengundi yang selama ini mengundi di Jalan Kangsar, mendapati mereka tidak boleh mengundi kali ini.

Ini kerana mereka telah dipindahkan ke kawasan lain, kata Pengarah Pilihan Raya Amanah, Hatta Ramli, lapor Malaysiakini.

Katanya, beliau mengetahui mengenai perkara itu apabila lima daripada 10 pengundi hadir di ‘pondok panas’ mereka untuk menyemak pusat pengundian mereka.

“Saya rasa ini boleh menjejaskan keputusan kami,” kata Hatta.

11.40 pagi

Mahasiswa antara yang turut  berkempen untuk calon Amanah dari Pakatan Harapan di Kuala Kangsar. Gambar di Sekolah Menengah raja Muda Musa.

Kempen Pas mendakwa jika nakkan Islam undilah parti itu dan jika undi Amanah dapat DAP.

Mahasiswa dan golongan wanita antara yang ramai memberikan sokongan untuk calon Amanah dalm kempen kali ini. Mereka datang dari pelbagai tempat bagi membantu calon mereka. Sementara itu, Pas terus menggunakan elemen provokasi dalam kempen mereka termasuk Undi Pas untuk Islam dan Undi Pan untuk DAP.

11.15 pagi

Sukarelawan Amanah berkempen di SMK Raja Muda Musa

SPR memaklumkan, sehingga jam 10 pagi tadi, sudah 24 peratus keluar mengundi di Kuala Kangsar manakala di Sungai Besar pula 22 peratus.

10.20 pagi

Pengundi Cina Taman Bunga Raya keluar awal kerana takut hujan waktu petang.

Sehingga jam 9 pagi tadi, 11 peratus pengundi Kuala Kangsar sudah keluar mengundi menurut SPR.

10.00 pagi

Pas membuat kempen sistem kubu di Kampung Jeliang. Siapa yang masuk, tidak boleh diganggu.

Kempen BN di Kampung Jeliang di tepi jalan utama.

Kempen Amanah di Kampung Jeliang.

Suasana kempen semakin bersemarak di seluruh Kuala Kangsar pagi ini apabila semakin ramai yang keluar mengundi. Mengikut ramalan Jabatan Metereologi, ribut petir dan hujan dijangka akan melanda Perak dan Selangor petang ini.

9.40 pagi

Calon Amanah, Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Mereka berebut untuk berselfie dengan beliau. Gambar di pusat mengundi Taman Bunga Raya.

Populariti calon Amanah terbukti di hari penamaan calon hari ini. Ke mana beliau pergi, orang berebut mahu bergambar dengan beliau hatta petugas BN. Mengikut kajian Ilham Centre, faktor ketepatan calon Amanah bakal memberikan hasil yang lumayan untuk parti berusia sembilan bulan itu.  

9.30 pagi

Dr Termizi bersalam dengan petugas Pas di luar kawasan buang undi di Taman Bunga Raya.

Dr Termizi melambai kepada penyokong BN ketika lalu di tempat mereka bertugas di Taman Bunga Raya.

Walaupun berbeza parti politik, ia tidak boleh menghalang kita untuk mengekalkan ikatan silaturahim. Begitulah yang dilakukan oleh calon Amanah, Dr Termizi. Beliau pergi bersalam dengan semua orang termasuk petugas Pas dan BN di pusat mengundi Taman Bunga Raya pagi ini.

9.00 pagi

Dr Termizi disambut dengan penuh ceria oleh pengundi di pusat mengundi SMK Tsung Wah.

Ketika di pusat mengundi SMK Tsung Wah, calon Amanah disambut oleh para pengundi dengan penuh ceria. Beliau begitu disenangi oleh pengundi di sini. Pengundi dari Daerah Megundi Datuk Sagor dan Talang membuang undi di sini.

8.50 pagi

Calon BN, Datin Mastura tiba di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar.

Calon BN, Datin Mastura tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar. Beliau membuang undi di sini. 

8.40 pagi

Calon Amanah, Dr Termizi bergambar kenangan dengan penyokong dan sukarelawan kempen beliau.

Di pusat pengundian Sekolah Menengah Clifford, Jalan Kangsar, calon Amanah Dr Termizi tiba di situ sambil berbual dengan para penyokong dan pengundi. Mereka sempat bergambar kenangan dengan beliau.

8.30 pagi

Dr Termizi dengan penuh ceria memberi isyarat bagus ketika mula melawat kawasan mengundi.

Di SJKC Tsung Wah, Jalan Kangsar, calon Amanah Dr Termizi memulakan lawatan beliau. Turut menemani beliau adalah isterinya.

Pengundi tidak sihat dibawa dengan kerusi roda di awal pagi di SK Ulu Piol.

Para pengundi mula memasuki tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong.

8.25 pagi

Dr Termizi melambai tangan kepada penyokong apabila mula keluar dari pejabat Amanah Kuala Kangsar.

Calon Amanah keluar untuk melawat pusat-pusat mengundi pagi ini dengan penuh ceria. Beliau memulakan pergerakan dari Pejabat Amanah Kuala Kangsar.

 

8.00 pagi

Sukarelawan Amanah memulakan tugas mereka merayu undi di Daerah Mengundi Lempor.

Seawal 7.30 pagi para petugas kempen mula menjalan tugas mereka untuk merayu undi termasuklah petugas Amanah di Daerah Mengundi Lempor ini.

Calon Amanah, Dr Termizi dijangka akan melawat semua pusat mengundi bermula di Ulu Pioi  jam 8.00 pagi sebaik sahaja ia mula di buka.

Barong panas Amanah di Talang Hulu.

Barong panas milik Amanah di Talang Hulu ini sedia untuk melayan pengundi mulai jam 7.45 pagi lagi.

 

 

COMMENTS

Wordpress (0)