Malaysia Dateline

LJM mendapati 35% jurutera terima gaji permulaan bawah RM2,000, lain pula yang dikomen netizen

Isu gaji permulaan jurutera yang rendah telah mendapat respons daripada kerajaan, hari ini Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) mengemukakan kajian dan hasil mereka.

Di mana LJM turut menegaskan gaji permulaan jurutera tidak berubah sejak 20 tahu lalu adalah tidak tepat.

Dalam kenyataan LJM hari ini mereka dengan sukacita memaklumkan bahawa kajian Task Force LJM telah selesai.

Dan hasilnya mendapati, sekitar 35% jurutera di Malaysia menerima gaji permulaan di bawah RM2,000.

LJM mendapati 35% jurutera terima gaji permulaan bawah RM2,000, lain pula yang dikomen netizen

Dalam perkhidmatan awam skim kejuruteraan (J) adalah berada pada kedudukan ketiga selepas skim perubatan dan kesihatan (U) dan kewangan (W).

Sektor penyelidikan dan pembangunan dan pembuatan dan pengeluaran menawarkan julat peratusan gaji permulaan melebihi RM2,000 yang paling tinggi 75%.

Kenyataan gaji permuaan jurutera yang tidak berubah sejak 20 tahu lalu adaah tidak tepat, kajian mendapati bahawa purata kenaikan gaji tahunan bagi sektor awam dan sektor swasta masing-masing sebanyak 2.8 peratus dan 2.2%

Kadar kenaikan gaji permulaan jurutera tidak selaras dengan kadar inflasi negara iaitu 3.2%

LJM mendapati 35% jurutera terima gaji permulaan bawah RM2,000, lain pula yang dikomen netizen

Justeru LJM mencadangkan gaji permulaan jurutera antara RM2,500 hingga RM3,500 serta menggalakkan gaji permulaan lebih tinggi mengikut kemampua majikan.

Di facebook Board of Engineers Malaysia yang berkongsi kenyataan LJM itu menerima kritikan daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan LJM menyebut ‘sukacita’ terhadap gaji permulaan jurutera iaitu RM2,000.

“Bongok. 1/3 bawah rm2k kau sukacita? Bahalol,” komen Muhammad Harris Nasril.

“Apa yang sukacita. Statement nk stop dr buat apa2 tindakan. Yang jadikan industri ni tepu bila ada org mcm ni la jenis malas tapi tak nak lepas jawatan gaji tinggi. Kesian budak2 fresh graduate,” komen Atifah Syahira.

Sehubungan itu ramai yang berpandangan gaji yang diberikan kepada jurutera sangat rendah disaat ekonomi negara yang suram ditambah inflasi meningkat.

“Ada sesetgh company yg beri gaji sekitar rm3000 kpd jurutera yg telah berkhidmat hampir 10 tahun…amat menyedihkan…,” komen Amir Husaini.

“Gaji kerani kerajaan n19 lg byk dari engineer swasta,” kata Kejora.

“Dlm masa 10 tahun….. Jurutera kat malaysia kn pupus klau isu ni tk ditangani…. Belajar susah… Kerja lgi susah…. Responsibility bertambah setiap tahun…. Gaji tk setimpal,” kata Hafiz Budean Rahman.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memandang serius isu gaji permulaan jurutera yang rendah kerana ia mampu menjejaskan minat golongan muda menceburi profesion itu.

Perkara itu boleh menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara memandangkan nisbah seorang jurutera berbanding penduduk Malaysia jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Jepun dan Jerman.

Justeru beliau mendesak Gaji dan imbuhan dalam skim Kejuruteraan Perkhidmatan Awam perlu dikaji semula dengan mengambil kira faktor-faktor seperti kepakaran kejuruteraan, kos sara hidup dan sebagainya.

Baca juga: Burger tepi jalan RM4, mahal ke? Lelaki ini bongkar berapa modal untuk 1 biji burger

Baca juga: Lelaki paling tua di Jepun meninggal dunia pada usia 112 tahun