LKAN 2016 Siri 2: Dedah Kerajaan Negeri Selangor lulus 57% peruntukan tapi projek tidak dilaksana

LKAN 2016 Siri 2: Dedah Kerajaan Negeri Selangor lulus 57% peruntukan tapi projek tidak dilaksana

Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Budiman Mohd Zohdi mempersoalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang masih lagi tidak melaksanakan projek kerajaan negeri walaupun sejumlah daripada peruntukan diluluskan.

Ini kerana menerusi Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan Selasa lalu, telah mendedahkan sebanyak 57% projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masih belum dimulakan. Ia juga adalah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Budiman Mohd Zohdi

“Seringkali dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan.

“Namun begitu, rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah Barisan Nasional.

” Bagi projek di bawah kerajaan negeri, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri mendedahkannya.

“Laporan itu juga menyebut hanya 8% sahaja keseluruhan projek negeri Selangor bagi tahun 2016 telah berjaya disiapkan iaitu yang paling rendah berbanding negeri lain,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, peruntukan bagi semua projek tahun 2016 telah diluluskan menerusi Belanjawan Negeri 2016 yang dibuat pada tahun 2015.

“Kini sudah hampir kepada penghujung tahun 2017. Selepas hampir 2 tahun peruntukan diluluskan, laporan ini adalah jelas sesuatu yang begitu memalukan dan Menteri Besar, Azmin Ali perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat negeri Selangor.

“Azmin Ali selalu mendabik dada kononnya pentadbirannya telah membawa banyak kejayaan. Namun laporan yang dikeluarkan ini dengan jelas menunjukkan kepincangan ketara pentadbiran negeri di bawah beliau,” ujarnya.

 

5.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 1.0
CATEGORIES
TAGS