Malaysia Dateline

Dr. Mohd Hatta Ramli anggap syor persempadanan semula akan hancurkan fabrik masyarakat Malaysia

LKAN2016 Siri 2 : Rumawip Kerajaan BN untungkan pemaju, risikokan rakyat

Parti AMANAH Nasional L (AMANAH) mempertikaikan sama ada syarikat pemaju yang dipertanggungjawabkan membina projek Rumah WIlayah Persekutuan ( Rumawip) berkelayakan dalam kriteria untuk penjualan tanah atau sebaliknya telah  berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu untuk menguntungkan sesetengah pihak.

Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli berkata, terdapat isu dimana faedah pengecualian lewat bayar telah dikecualikan kerana sebagai ganti pemaju dijanjikan untuk membina Rumawip sebagaimana dedah Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 baru-baru ini

“Dimanakah proses pengawalan dan pemantauan oleh pihak Kementerian berhubung isu rumah ini?

“Pihak Kementerian juga gagal mengambil tindakan terhadap Faber Vista Sdn Bhd (FVSB) untuk membatalkan surat tawaran asal walaupun pihak FVSB telah gagal menjelaskan bayaran tertunggak dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kegagalan pihak Kementerian untuk memantau penukaran syarat nyata tanah oleh pihak pemaju amat membimbangkan. Kegagalan memberikan justifikasi pemilihan bagi Residensi Kepong Emas yang sebelum ini telah diwartakan sebagai kawasan rizab tanah hijau kepada Rumah Mampu Milik dan kediaman pangsapuri bakal memberi kesan kepada pemilik rumah pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada LKAN 2016 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi pengurusan projek Rumawip di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2, antara kementerian yang ditegur ialah penjualan tanah bagi 3 projek kepada pihak yang tidak berwibawa bagi pelaksanaan projek RUMAWIP ini.

Penjualan tanah ini telah dilupuskan secara outright sale atau jualan langsung kepada syarikat pemaju yang baru ditubuhkan.

Antaranya ialah Virtue Court Sdn Bhd (VCSB) yang hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100 pada 21 Januari 2010, Era Ecoland Sdn Bhd (EESB) yang ditubuhkan sehari selepas cadangan RUMAWIP dikemukakan dan juga Garuda Searah Sdn Bhd (GSSB) yang baru sahaja ditubuhkan.

Justeru Dr Hatta berkata, tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat acuh tak acuh telah menguntungkan para pemaju namun telah merisikokan hak rakyat khususnya penduduk sekitar Wilayah Persekutuan.

“Berdasarkan outcome Kementerian, hanya 73% pemilikan rumah mampu milik di sekitar Wilayah Persekutuan. Hal ini menunjukkan pihak kerajaan BN gagal mengoptimumkan kadar pemilikan rumah untuk rakyat.

Pakatan Harapan (PH) mengambil serius isu pemilikan rumah ini khususnya keutamaan kepada warga kota yang telah dibeban dengan kos sara hidup yang tingggi dek kerana kebobrokan sang pentadbir,” ujarnya.

Bagi AMANAH isu perumahan ini boleh dianggap sebagai isu dominan yang membelenggu rakyat Malaysia ketika ini. Harga rumah yang melambung tinggi dan lambakan rumah yang melebihi dari kemampuan telah memberi kekangan buat mreka yang ingin memiliki kediaman sendiri.

“Tidak hairanlah wujudnya frasa ‘Rumah Mampu Milik’ kini bertukar menjadi ‘Rumah Mampu Lihat’.” ujarnya.

Semalam Naib Presiden PKR Nurul Izzah turut membangkitkan perkara sama mengenai Kementerian Wilayah Persekutuan berkaitan RUMAWIP dan mendesak menteri di kementerian itu meletakkan jawatan.

 

BacaKepincangan projek Rumawip, menteri wilayah persekutuan didesak letak jawatan