Malaysia Dateline

LKIM lancar Pusat Aduan Integriti usaha kekang rasuah, salahguna kuasa

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini melancarkan Pusat Aduan Integriti agensi itu yang boleh dimanfaatkan kepada 1600 kakitangannya seluruh negara dan orang awam bagi mengekang isu rasuah dan salahguna kuasa di bawah agensi berkenaan.

Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil berkata, semua warga kerja LKIM seharusnya memenuhi visi dan misi agensi itu dan tidak seharusnya dicemari dengan unsur rasuah, penyelewengan, salahlaku atau salahguna kuasa.

Katanya sekiranya ia berlaku maka tidak tercapai hasrat kerajaan dalam konteks membina imej agensi itu dan memenuhi agenda kerajaan dalam memrealisasikan Wawasan Kemakmuaran Bersama 2030.

“Prinsip asas perlu selari dengan kehendak agama yang meletakkan integriti sebagai nilai utama dalam sebuah pentadbiran.

“Agama Islam juga menolak amalan salahguna kuasa, salahlakum, rasuah dan termasuklah membuat tuntutan palsu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Aduan Integriti sempena Sambutan Hari Integriti LKIM 2019 yang bertemakan ‘Integriti Asas Kecemerlangan Organisasi di Wisma LKIM, Puchong, Selangor hari ini.

Malah dalam ucapannya Muhammad Faiz turut menekan kedudukan neegara yang masih jauh ketinggalan dalam Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2018 apabila Malaysia berada di tangga ke 61 daripada 180 buah negara dunia.

“Hakikatnya, persepsi rasuah Malaysia masih berada jauh dibelakang negara-negara maju yang lain seperti Denmark, New Zealand, Finland mahupun negara jiran kita iaitu Singapura.

“Oleh kerana itulah sejak akhir-akhir ini, kita dapat menyaksikan di media massa, komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam mengambil langkah dan tindakan tegas untuk mencegah dan memerangi perlakuan rasuah, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam akan menjadi agenda utama.

“Empat negara ini ditadbir oleh bukan Islam sedangkan negara ini tidak pernah mengikuti ajaran Al-Quran dan Hadis dalam menguruskan pentadbiran negara mereka.

“Tetapi mereka letakkan tahap integriti begitu tinggi, sebagaimana yang dikhendaki oleh agama Islam itu sendiri, sehingga mereka mampu tadbir negara mereka dengan maju, makmur dan kesejahteraan rakyatnya.

” Kita boleh lihat bagaimana pendidikan yang maju dan kehidupan pendapatan rakyat yang sejahtera di New Zealand dan Denmark. Ini perkara yang perlu kita nilai,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis sama Ketua Pengarah LKIM Jamaludin Othman; Timbalan Ketua Pengara Raja Kamarul Raja Ariffin dan: Ketua Unit Integriti Wan Nor Azlina Wan Nordin.

Dalam majlis sama turut diadakan ialah penyerahan poster Aduan Integriti kepada semua ketua-ketua jabatan dan Pengarah Negeri.

Muhammaf Faiz ketika sidang media diadakan, tidak menolak agensi itu turut berhadapan dengan masalah salahlaku dan salahguna kuasa membabitkan pegawainya.

“Kes salahlaku dan salahguna kuasa ini berlaku ketika dalam pentadbiran terdahulu yang dikesan oleh unit integriti LKIM.

“Setakat ini kita tidak kenalpasti terdapat perlakuan rasuah, sekiranya berlaku kita akan serah kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

“Melalui Aduan Integriti yang diwujudkan ini warga kerja LKIM dan orang awam boleh berhubung dengan LKIM melalui email, telefon atau ke laman sesawang agensi itu,” ujarnya.

Sebagai rekod LKIM pada 10 Januari 2019 turut melancarkan CAP (Cekap, Amanah, Peduli) yang bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan warga kerja LKIM.

Selain itu turut menyuburkan semula slogan slogan “Kepimpinan Melalui teladan” yang perlu kembali diterapkan dalam perlakuan dan tindak tanduk pegawai-pegawai kanan LKIM.

Manakala Unit Integriti di LKIM juga berperanan sebagai mekanisme kawalan dalaman untuk memastikan pengurusan pentadbiran di LKIM bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa, salahlaku, penyelewengan serta usaha memperkukuhkan dan membudayakan integriti di kalangan warga LKIM.

Semua Ketua Jabatan dan Pengarah Negeri bergambar kenangan bersama Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil dalam majlis  diadakan di Wisma LKIM hari ini.