Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
LKIM terus komited bantu rakyat dapatkan ikan pada harga murah

LKIM terus komited bantu rakyat dapatkan ikan pada harga murah

AKMAL MANAF FOTO : GHIFARI MUSTAFAFebruary 11, 2020 1:17 pm




Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus komited untuk membantu rakyat di negara ini mendapatkan ikan dengan kadar harga yang murah.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, membeli ikan dengan harga yang murah adalah antara perancangan pihaknya pada tahun ini.

“Kami mahu membantu kerajaan untuk memastikan harga ikan yang murah dapat dijual kepada rakyat. Jadi kita perlu mencari mekanisme bagaimana hendak mengurangkan rantaian bekalan (supply chain) yang selama ini memberikan faktor kepada peningkatan harga ikan melalui orang tengah.

“Justeru itu, kami akan memperbanyakkan pasar nelayan dan memberi tumpuan bagaimana hendak memajukan pasar nelayan serta mempertingkatkan jualan ikan segar beku (QFISH).

“Saya lihat itu antara dua projek yang dapat membantu rakyat dari segi mendapatkan ikan dengan kadar harga yang murah,” katanya kepada Malaysia Dateline hari ini selepas merasmikan Majlis Amanat Tahun Baru 2020 dan Pelancaran Kad Laporan LKIM Tahun 2019, di Auditorium Pulau Meranti, Puchong.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya tentang perancangan dan sasaran LKIM pada tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Faiz yang juga merupakan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional turut berhasrat untuk memodenkan para nelayan.

Beliau berkata, pihaknya mahu membaik pulih jeti-jeti sekiranya didapati telah rosak, sekali gus meningkatkan perkhidmatan di jeti berkenaan.

“Pada masa sama, kita juga mahu melihat kepada kemudahan-kemudahan di Kompleks LKIM yang terdapat di seluruh negara.

“Maksudnya, kami mahu kompleks-kompleks yang lebih bersifat integrasi untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada para nelayan,” katanya lagi.

Menurut Muhammad Faiz lagi, beliau juga mempunyai perancangan lain iaitu untuk membantu persatuan nelayan mempertingkatkan kemampuan mereka dalam bidang perniagaan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan nelayan.

“Jadi, LKIM akan berusaha ke arah bagaimana hendak membantu mereka kerana terdapat banyak projek ekonomi yang boleh dimanfaatkan dan dipelbagaikan termasuklah akuakultur dan agro-pelancongan,” ujar Muhammad Faiz yang juga Adun Permatang Pasir.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production