Malaysia Dateline

LKIM tumpu usaha jual ikan dengan harga murah

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam usaha meningkatkan pengeluaran ikan ‘QFish’ iaitu ikan segar beku iaitu ikan popular seperti kembung, selar dan selayang dengan harga RM10 sekilogram.

Faiz bersama Pengerusi NEKMAT dan Pengerusi PNK Sandakan meninjau pendaratan ikan sekitar jam 2 pagi di Pasar Besar Sandakan

Pengerusinya Faiz Fadzil berkata, QFish menggunakan teknologi individual ‘quick freezing’ (IQF) yang membekukan ikan yang baru mendarat dengan simpanan suhu yang sesuai untuk memastikan kesegaran dan kualiti ikan.

LKIM telah menambah kemudahan IQF di Besut di samping yang sedia ada di Kuala Kedah yang diusahan persatuan nelayan.

Di samping itu, katanya, usaha untuk menjual ikan lebih murah di Semenanjung Malaysia terutama di bandar besar sedang diusahakan dengan membawa ikan dari Sabah melalui peranan yang diambil Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) yang boleh memendekkan rantaian bekalan (chain of supply).

Menurut Faiz juga, segala usaha ini adalah untuk mencapai agenda LKIM bagi rejuvenasi industri perikanan dalam usaha kerajaan PH mengurangkan kos sara hidup dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan nelayan.

Sehubungan dengan itu, Faiz bersama Pengerusi NEKMAT dan Pengerusi PNK Sandakan meninjau pendaratan ikan sekitar jam 2 pagi di Pasar Besar Sandakan yang menjual ikan begitu murah.

“Harga ikan di Sabah memang murah kerana hasil tangkapan ikan yang banyak dan Sandakan boleh dianggap pintu masuk (gateway) ikan Malaysia, ikan kembung hanya RM4 sekilogram. Jualan ikan yang lebih murah dan berpatutan sedang diusahakan kerajaan PH,” katanya.