Malaysia Dateline

Lobak merah tajamkan penglihatan mata? Rupanya ia propaganda British tembak banyak musuh kononya makan lobak merah

Makan lobak merah tajamkan pengihatan mata rupanya propaganda British konon tembak banyak musuh sebab makan lobak merah

Makan lobak merah kononya membantu menajamkan penglihatan mata rupanya ia adalah mitos kerana ia merupakan kempen propaganda British Perang Dunia ke-2 kononya juruterbang berjaya tembak ramai musuh kerana makan lobak merah.

Mak-mak kita dahulu menyuruh makan lobak merah apabila anak-anak mengadu mata mereka rabun dan itulah jalan paling mudah ketika itu.

Makanlah banyak manapun anda tetap juga rabun kerana tiada kaitan antara pemakanan lobak dengan mengurangkan rabun.

Sebaliknya pengambilan lobak berlebihan akan menyebabkan berlaku pigmentasi oren kekuningan di bawah kulit dan keadaan ini dinamakan Carotenemia.

MedTweetMY Official baru-baru ini ada berkongsi mengenai salah faham berkaitan lobak merah itu.

Mitos makan lobak boleh membantu penglihatan bermula dari kempen propaganda semasa perang dunia ke-2.

Di katakan menteri British ketika itu memberitahu akhbar bahawa seorang juruterbang bernama Cunninghams berjaya menembak musuh kerana memakan banyak lobak.

Benarkah lobak menajamkan penglihatan seperti apa yang diperkatakan? Perlu tahu bahawa lobak mengandungi tinggi vitamin A kerana adanya carotene. Sebab itu lobak berwarna jingga kemerahan.

Baca juga: Bukan senang nak jadi juara, ahli keluarga dedah Sofizah ambil masa 20 tahun untuk jadi Johan Tilawah Antarabangsa