Lojiklah Pas terima duit Umno untuk kalahkan PH, kata Husam kepada Hadi

Video buktikan Ustaz Hadi peluk Najib, kata Husam dalam ceramah di Tawang.

Husam Musa membidas jawapan presiden Pas bahawa parti itu tidak mungkin mengambil duit Umno kerana parti itu akan bertanding di mana kerusi Umno bertanding dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Naib Presiden AMANAH itu berkata, Pas masuk bertanding di kawasan Umno dan Pakatan Harapan (PH) bertanding bukan mahu kalahkan Umno tetapi mahu kalahkan PH supaya Umno menang.

“Pas tahu dia tidak akan menang di kerusi itu tetapi dia nak masuk juga untuk kalahkah PH.

“Jadi lojiklah Pas terima duit Umno untuk menangkan Umno,” kata Husam dalam ceramah beliau di Tawang, Bachok, Kelantan.

Husam mencadangkan agar Pas mendedahkan akaunnya pada bulan Mac lalu untuk buktikan parti itu tidak menerima duit Umno.

“Pas kena dedah akaun dia bulan Mac lalu untuk buktikan parti itu tidak terima duit dari Umno,” kata Husam yang sebelum ini juga mendakwa Pas menerima duit Umno.

Husam juga berkata, dalam video yang dikatakan suara Nik Abduh Nik Aziz, juga didedahkan bahawa bukan Pas sahaja terima duit Umno bahkan juga Hadi sendiri.

“Abduh dakwa Ustaz Hadi pun terima duit Umno. Dia pun terima duit Umno. Dr Shahmsuri pun terima duit Umno RM2 juta. Jadi semua terima duit Umno,” kata Husam.

 

BUKAN SAYA PELUK NAJIB DULU

Husam juga membidas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa bukan dia yang memeluk Datuk Seri Najib tetapi Najib yang memeluk beliau dahulu.

Menurut Husam, tidak salah sesiapa pun peluk dahulu apabila kedua-dua umat Islam mahu berpeluk kerana ia adalah sunat.

Tetapi, katanya, yang salah apabila Hadi tidak bercakap benar.

Ia terdedah apabila video bagaimana mereka berpeluk didedahkan baru-baru ini.

“Takda masalah siapa peluk siapa, tetapi biarlah bercakap benar. Ustaz Hadi lari dari cerita sebenar,” kata Husam merujuk kepada video itu.

 

7.3
OVERALL SCORE
3 user votes x 9.7
CATEGORIES