Lokman Adam akan adakan solidariti  penahanan Najib depan SPRM malam ini

Lokman Adam akan adakan solidariti penahanan Najib depan SPRM malam ini

Presiden Pemantau Malaysia  Datuk Lokman Noor Adam menyeru rakyat berkumpul di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) malam ini, bagi menunjukkan solidariti kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang ditahan suruhanjaya itu hari ini.

“Saya seru semua rakyat Malaysia kita nyatakan bantahan terhadap penganiayaan yang dilakukan ke atas Datuk Seri Najib malam ini.

“Hanya dua jam dari 9.00 sehingga 11.00 malam ini (Selasa). Mari kita korbankan masa untuk turun ke Ibupejabat SPRM sebagai tanda solidariti kita dan rasa kecewa kita kepada pemerintah,” ujarnya.

Beliau berpandangan tindakan SPRM menahan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu tidak ubah seperti penjenayah yang ingin melarikan diri daripada proses perundangan.

“Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah?

“Tidak bolehkah cara yang sama digunakan SPRM untuk mengundang Datuk Seri Najib ke Mahkamah bagi proses pendakwaan?” soalnya.

Beliau dalam kenyataannya berkata tangkapan yang dibuat oleh SPRM adalah satu penganiayaan terhadap bekas perdana menteri itu dakwanya disebabkan politik balas dendam Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Shukri Abdull.

” Ini boleh dijadikan bukti (penahanan Najib) menunjukkan Ketua Pengarah SPRM Datuk Seri Shukri  masih lagi menaruh dendam dengan Datuk Seri Najib sebagaimana dakwaan beliau sendiri dalam sidang media pertamanya.

“Adakah ini rule of law yang dilaungkan?

“Mengapa sehingga kini tida ada sebarang tindakan ke atas laporan polis saya terhadap Datuk Seri Shukri yang membuat pengakuan langsung di kaca TV bahawa beliau telah gagal melaporkan dua cubaan merasuah beliau oleh seorang ahli parlimen berhubung kes 1MDB?

“Adakah rule of law hanya diperlakukan ke atas penyokong dan pemimpin pembangkang sahaja?” soalnya.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, dengan penangkapan Najib itu menunjukkan politik balas dendam Pakatan Harapan.

“Rakyat bukan bodoh kami tahu sandiwara ini semua bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada berbicara soal kegagalan Pakatan Harapan melaksanaka semua janji mereka,” ujarnya.

Hari ini Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan tangkapan oleh SPRM) ke atas Datuk Seri Mohd Najib Razak bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu pada jam 2.35 petang berkaitan skandal SRC International Sdn Bhd.

Najib akan didakwa pada 4 Julai 2018 (esok) pada jam 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS