Malaysia Dateline

Lokman Adam lapor SPRM dan PDRM dakwaan menteri terima dana luar negara, video seks

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan mengenai satu transaksi meragukan daripada syarikat pembinaan ke akaun bank milik seorang menteri.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam berkata transaksi itu didakwa berlaku menerusi sebuah bank di luar negara pada 19 Disember 2017.

Lokman berkata dia memperolehi suatu dokumen daripada seorang individu, berhubung pemindaan dana berjumlah AS$741,440 (RM3.085 juta) dari sebuah syarikat pembinaan terkemuka di dalam negara ke suatu akaun atas nama ahli politik itu di sebuah bank luar negara.

“Dokumen yang saya akan serah hari ini juga berkemungkinan ada kaitan dengan pemindahan wang tersebut,” katanya dalam sidang medianya di hadapan Ibupejabat SPRM di Putrajaya hari ini

Lokman ke ibu pejabat badan anti-rasuah itu untuk membuat laporan berhubung dakwaan itu.

“Kita buat laporan ini untuk memberi peluang khas kepada ketua pesuruhjaya yang baru membuktikan beliau tidak berat sebelah.

“Beliau perlu membuktikan kepada rakyat SPRM di bawah pimpinannya akan menyiasat sesiapa sahaja termasuk mereka yang satu kem dengan beliauy serta akan menghadapkan mereka di muka pengadilan,” katanya.

Dalam pada itu Lokman juga berkata akan membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Putrajaya pada hari sama, berkaitan penyebaran video lucah yang mengaitkan seorang menteri yang diterimanya melalui aplikasi whatapps.

“Laporan ini saya buat bagi menyiasat kesahihan video tersebyur dan meminta pihak polias mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan, yang berlakon di dalam video tersebuyt dan menghasikan video tersebut,” ujarnya dalam kenyataan.