Lokman Adam tawar calon Ketua Pemuda Umno

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam tampil menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang bakal dikosongkan Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mengumumkan akan bertanding jawatan itu.

Lokman, 45, pernah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan pada 8 Disember 2016.

Bekas Exco Pemuda Umno berkenaan sebelum itu adalah Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dijawatnya selama enam tahun enam bulan.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu merupakan bekas penuntut UiTM Perak dalam jurusan Sains Kesetiausahaan sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang Siyasah Syariah dan Kepimpinan Islam di Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

 

CATEGORIES
TAGS