Malaysia Dateline

Lokman Noor Adam ditahan

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam ditangkap buat kali kedua di bawah Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat.

Menerusi hantaran di Facebook petang semalam, Lokman mengesahkan dia disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Malam ni besar kemungkinan saya akan terus ditahan di sini (balai polis) dan esok akan dibaca untuk dapatkan penahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Mohon sahabat handai dan teman seperjuangan mendoakan kesejahteraan saya, dan semoga saya dibebaskan segera untuk bersama keluarga dalam menyambut Syawal yang bakal tiba,” katanya.

Lokman yang dibuang daripada menjadi ahli Umno pada Februari tahun lalu kerap mengkritik pentadbiran Perikatan Nasional (PN) termasuk pendekatan kerajaan dalam mengekang pandemik Covid-19.