Lompat parti Amiruddin diingatkan baiah dilafaz

Lompat parti Amiruddin diingatkan baiah dilafaz

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan baiah yang pernah dilafazkan oleh Datuk Amirudin Hamzah setelaah beliau isytihar keluar parti mengumumkan menyertai  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Tuan Ibrahim dipetik berkata, beliau terkejut dengan keputusan Amiruddin itu kerana Amiruddin dianggapnya seoang yang mudah di bawa berbincang dan tidak bermasalah dalam parti.

“Secara peribadi saya terkejut dengan tindakan beliau tetapi Pas menghormati keputusannya.

“Namun beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam baiah yang beliau lafazkan,” katanya sebagaimana dilapor Malaysiakini semalam.

Wakil rakyat Pas, sama ada di peringkat Dun mahupun Parlimen, dikatakan perlu membuat baiah yang perkahwinan mereka akan jatuh talak jika mereka meninggalkan Pas.

Amiruddin dalam sidang media bersama Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan Kedah, semalam mengumumkan penyertaannya ke Bersatu secara rasmi.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS