Malaysia Dateline

LRT, MRT, Monorel akan beroperasi seawal jam 4.30 pagi sempena hari kemerdekaan

Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel di ibu kota akan beroperasi seawal jam 4.30 pagi berbanding kebiasaannya pada sambutan hari kemerdekaan negara minggu depan.

Rapid KL dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, pengoperasian tren seawal pagi itu akan melibatkan semua jenis laluan di Lembah Klang di bawah kelola Rapid KL termasuklah LRT Ampang, LRT Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, Monorel KL, MRT Kajang dan MRT Putrajaya.

RapidKL turut menyeru agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam pada 31 Ogos ini untuk sama-sama menyambut hari merdeka di Dataran Merdeka.

Untuk rekod, sebanyak 18 penutupan jalan akan dilakukan sekitar pusat ibu kota bagi memberi laluan perarakan sempena perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, bermula Jumaat ini hingga 31 Ogos kelak.

Ia termasuklah Jalan Raja; Jalan Travers; Jalan Damansara; Jalan Damansara (arah ke Bangsar); Bulatan Hishammuddin; Jalan Kinabalu (arah Selayang) dan Jalan Kinabalu (arah Cheras) di sini. Ia bagi memberi laluan kepada rantai penuh

Baca juga: Tidak ada layanan istimewa untuk banduan VIP- Jabatan penjara

Baca juga: “3 hari licin RM519,000!”- Isteri halau suami lepas dapat tahu wang KWSP diguna untuk berjudi