LTTE: DUPP desak 2 Adun DAP lepas jawatan

LTTE: DUPP desak 2 Adun DAP lepas jawatan

Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mengutuk pembabitkan 2 Adun DAP dan mana-mana rakyat negara ini yang terbabit dalam kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Ketua DUPP Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, turut mendesak DUPP kesal dengan penahanan Adun Gadek G Saminathan dan Adun Seremban Jaya P Gunasekaran, semalam, kerana didakwa ada hubungan dengan LTTE, melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

“Seperti sedia maklum LTTE diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran adalah kumpulan pengganas yang beroperasi dengan menggunakan senjata api dan bom. LTTE antara kumpulan yang diharamkan oleh 32 buah negara termasuk Malaysia.

“Berdasarkan penglibatan ekstremisme LTTE ini, pihak DUPP mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan mana-mana rakyat Malaysia samada secara langsung ataupun tidak di dalam kumpulan ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ia sesuai dengan perintah Allah swt dalam Surah As-Saaffat:2 yang bermakasud: (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya.

Katanya lagi, sesuai dengan perintah Allah itu DUPP menyatakan rasa kesal kerana ADUN DAP Kawasan Gadek dan ADUN DAP Seremban Jaya ini adalah pemimpin yang menguruskan masyarakat tetapi didakwa terlibat mempunyai ideologi ekstremisme.

” Oleh itu pihak DUPP dengan tegas mendesak agar YB Saminathan Adun DAP Kawasan Gadek dan Adun DAP Seremban Jaya P Gunasekaran meletak jawatan kerana rakyat Malaysia seluruhnya menolak mana-mana pemimpin yang terlibat dengan kegiatan ekstremis, teroris dan militan,” ujarnya beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh.

Pada Khamis dilaporkan dua Adun dari Melaka dan Negeri Sembuilan ditahan berasingan di bawah Sosma dipercayai terbabit dalam upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua Adun DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan itu bersama lima suspek lain berada dalam pemantauan polis sejak November lalu.