LTTE: Mujahid adakan pertemuan dengan Asri, Ramasamy

LTTE: Mujahid adakan pertemuan dengan Asri, Ramasamy

Pertemuan tertutup enam mata antara Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr Ramasamy dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa diadakan pada hari ini di Putrajaya.

Pertemuan yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang ini telah dimaklumkan oleh Dr Mujahid pada 25 Julai lalu.

Dr. P. Ramasamy didakwa terlibat dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagi Dr Mujahid tuduhan dan dakwaan di media sosial perlukan satu pertemuan tertutup kerana melihat kepada kesan lebih buruk jika ia dibuat secara terbuka.

“Jadi saya sudah berhubung dengan Mohd. Asri dan Ramasamy di mana mereka bersetuju untuk bertemu dan saya sebagai orang tengah. Yang penting bukan sensasi tetapi penyelesaiannya,” katanya.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 10.0