Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
LTTE: Permohonan jaminan Adun Gadek didengar 16 Januari
Adun Gadek G Saminathan.-Foto Metro

LTTE: Permohonan jaminan Adun Gadek didengar 16 Januari

BernamaJanuary 6, 2020 5:44 pm




DUA Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur, hari ini menetapkan 16 Januari untuk mendengar permohonan jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, G. Saminathan dan ahli DAP, V. Suresh Kumar yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas peguam Ramkarpal Singh, mewakili kedua-dua tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan terbabit pada 26 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias dan Rohaiza Abd Rahman memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu pada 9 dan 13 Januari ini.

Mahkamah Sesyen sebelum ini membenarkan kes kedua-dua tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan.

 Saminathan, 34, dan Suresh Kumar, 43, masing-masing didakwa atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan Facebook atas nama ‘Sami Nanthan Siva’ dan ‘RocketSuresh DAP’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Kuala Lumpur, kira-kira 2 petang, 7 Oktober lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan. – Bernama

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production