Luah rasa rindu, Noh akhirnya dedah muka anak angkat

Oleh MAISARAH AISYA

Muat naik gambar berserta ucapan hari lahir buat anak angkatnya, Noh Salleh dedah rasa rindu setelah sekian lama tidak berjumpa.

Dalam hantaran di Instagram itu, Noh tidak lagi menutupi muka anaknya seperti sebelum ini.

“Selamat hari jadi kedua tahun, Musa Mohammad Noh. Rindu betul bapak dengan kitak. Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakit menahan rindu mahu berjumpa,” ujarnya di Instagram.

Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022.

Pasangan berkenaan kemudian mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.

Dalam hantaran tersebut juga dia mengharapkan anak angkatnya itu mendapat layanan seorang ayah.

“Semoga Allah SWT satukan kita suatu hari nanti. Jadi, awak akan dapat layanan seorang ayah betul-betul,” tulisnya.

Rata-rata warganet turut meninggalkan ucapan buat Musa di hantaran tersebut termasuklah rakan artis.

“Happy birthday anak. Semoga membesar dengan sihat, jangan lupakan bapa. Dah besar nanti cari bapa ya Musa.

“Semoga dipertemukan semula dengan ayah yang sangat menyayangi awak ni,” antara komen warganet.

Kedua-dua ibu bapa angkat Musa bagaimanapun sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing.

Pada 23 September lalu, Noh berkahwin buat kali kedua dengan Fatin Athira Mustapa yang juga seorang peguam dalam satu majlis tertutup di Puchong, Selangor.

Manakala Nina atau Shazrina Azman juga sudah berkahwin dengan penyanyi rap Amerika Syarikat dikenali sebagai Essam Muhammad sekitar Jun 2023.

Baca juga: Tular video makan bersama, Mimi Lana masih tidak iyakan atau nafi hubungan cinta dengan Syafiq Kyle