Malaysia Dateline

Luahan rasa Steven Sim

Bila ku bahas di Parlimen, menulis buku, ada yang kata jangan sekadar menjaja ayat.

Bila ku turun padang, bagi bantuan, ada yang kata tugasmu bukan buat charity.

Bila ku tak posting, ada yang kata mu tak buat kerja.

Bila ku posting, ada yang kata mu cari publisiti.

Bila ku bantu Melayu, ada yang kata pasaipa tak bantu Cina.

Bila ku bantu Cina, ada yang kata mu bantu kaum sendiri saja.

Bila ku tak mampu bantu, ada yang kata makan gaji buta.

Bila ku bantu, ada yang kata nak sebar agama.

Bila ku jawab, ada yang kata mu tipu.

Bila ku senyap, ada yang kata mu takut.

Sebenarnya ku nak ucapkan terima kasih kepada “yang kata” itu.

Kerana mu lah, ku dapat muhasabah diri.


Penulis adalah ahli Parlimen Bukit Mertajam.