Malaysia Dateline

Luar biasa! Kereta bertatahkan ‘berlian’ buat orang ramai terpegun!

Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.

Biasanya kita akan lihat kenderaan diwarnai atau dicat dengan warna lain bagi menampakkan kelainan di atas jalan raya, tetapi baru-baru ini ada sebuah kereta yang dihiasi sesuatu yang ‘lain daripada yang lain’.

Sebuah kereta Rolls Royce berharga lebih £250,000 (RM1.34 juta) bertatahkan ‘berlian’ dijumpai di sekitar London, sekali gus membuatkan pemandu lain terpegun melihatnya.

Dalam satu video di TikTok, kereta itu dirakam diletakkan di tepi jalan.

Beribu-ribu pengguna media sosial terpegun melihat kereta itu, namun seorang netizen berkata bahawa pemiliknya menggunakan pistol gam untuk melekatkan batu-batu permata tersebut.

“Itu bukan berlian tulen, ia adalah rhine stone (berlian palsu).

“Kereta itu milik seorang wanita yang memberitahu bahawa dia telah melekatkan batu permata itu menggunakan pistol gam,” katanya.

Dalam pada itu, nombor plat persendirian pada kereta itu turut mengundang spekulasi netizen.

Ramai percaya kereta itu milik pengasas butik DCouture, Daria Radionova yang terletak di Knightsbridge.

Akaun Instagram Daria juga dipenuhi gambarnya bersama sebuah lagi Rolls Royce yang bergemerlapan.

Baca Juga: Bah besar di Kelantan: Motor sangkut dalam banjir, penduduk gusar air naik mendadak

Baca Juga: Selepas Jamal tinggalkan MN, Ummi Nazeera pun sama ucap selamat tinggal