Malaysia Dateline

Lubang besar kerana paip pecah di Jalan Maharajalela selesai dibaiki

Kemalangan yang berlaku di Jalan Maharajalela malam tadi sehingga menyebabkan sebuah kereta terjerumus ke dalam lubang besar adalah berpunca dari paip bawah tanah yang pecah.

Ekoran itu, tindakan segera telah diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Syabas dengan membaiki segera jalan itu.

Menurut sumber DBKL, Datuk Bandar Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan telah melawat sendiri Kawasan itu pagi ini manakala kerja-kerja pembaikan telah selesai dijalankan pagi ini juga.

“Ia berpunca dari paip bawah tanah pecah dan kontraktor Syabas telah membaikinya pagi ini,” kata jurucakap DBKL.