Demi menjaga batas pergaulan, seorang wanita sanggup menerima lamaran pemuda yang baru dikenalinya selama lapan bulan tanpa mengetahui sikap sebenar bakal suaminya itu.
Memiliki pendapatan tiga kali ganda lebih besar daripada bakal suami, wanita berkenaan ikhlas menerima jodohnya dengan redha meskipun hubungan mereka dimulakan tanpa cinta.
Dikenali sebagai seorang pemuda yang bertanggungjawab dan rajin mencari rezeki, sikap suaminya itu kian berubah setelah mereka sah bergelar suami isteri.
Berikut adalah luahan wanita yang berhasrat untuk menjadi ibu tunggal sejurus selepas mengetahui sikap sebenar suami yang dinikahinya itu.
“Awal pernikahan pun aku dah tersiksa. Rupanya suami aku ini jenis orang yang tak pandai berkomunikasi hati ke hati. Komunikasi kan penting dalam hubungan.
“Respon dia setiap kali aku cuba slow talk ialah diam, termenung merenung dinding atau buat kelakar. Aku rasa macam “Am I a joke to him?”. Apabila kami bergaduh, memang sikap suami aku diam dan melarikan diri. Dia macam tak nak bersemuka berbincang mengenai masalah.
“Pernah tiga hari dia tak bercakap dengan aku. Aku bersemuka dengan dia sambil menangis pun dia buat muka selamba. Lepas tu aku mengandung. Aku ingatkan sikap dia akan improve rupanya sama ja. Aku minta dia gosokkan kaki dan belakang aku. Dia kata, “awak tak urut saya pun”.
“Lepas balik kerja dari awal perkahwinan sampai sekarang, dia akan main Facebook. Tengok video content creator yang lawak-lawak. Dia akan terbaring sampai tengah malam. Bila aku tanya soalan, kali ke-5 baru dia jawab sebab dia utamakan telefon berbanding aku. Aku rasa sangat kesunyian selepas bernikah dengan dia.
“Puncak dia semasa aku berpantang. Luka jahitan aku besar ya. Aku minta tolong pakaikan stokin. Dia kata kejaplah sambil terus main telefon. Dia tak peduli. Aku tak boleh pakaikan sendiri sebab luka terlalu sakit dan tak boleh tunduk. Aku berpantang kat rumah mentua, lagilah aku rasa sunyi sangat. Bilik kami di tingkat dua dan ruang tamu di tingkat bawah. Jadi aku duduk dalam bilik je dengan baby.
“Mertua akan ambil anak dan turun ke bawah bersama dia waktu petang. Tinggallah aku keseorangan. Mertua janji jaga aku dan anak, rupanya nak jaga anak ja. Sama dengan suami aku. Sekarang aku dah nampak yang kalau aku jatuh sakit, suami aku takkan jaga aku. Kalau berpisah esok pun, tiada kenangan manis yang akan bermain di minda.
“Jadi tujuan aku adalah untuk memberi peringatan kepada semua wanita bujang di luar sana. Aku sekarang berumur 28 tahun, anak kami 9 bulan. Boleh tak ibu tunggal beri semangat untuk aku jadi ibu tunggal? Apa yang perlu aku sediakan? Aku tak nak sia-siakan hidup aku lagi. Aku bersedia untuk kekalkan hubungan baik sebab anak.
“Aku rasa aku ini hanya isteri di atas kertas. Suami aku tidak menunaikan nafkah batin kepada aku. Tiada perhatian, tiada kasih sayang, tiada bimbingan agama,” katanya.
Baca juga: Kematian yang dicemburui, imam rebah lepas sampaikan khutbah solat Jumaat
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio