Lulus belanja RM267.22 bilion tahun depan

 
Selepas lebih sebulan dibahaskan, sidang Dewan Rakyat akhirnya meluluskan Bajet 2016 dengan jumlah RM267.22 bilion malam tadi.
 
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengumumkan kelulusan peruntukan untuk perbelanjaan kerajaan tahun depan itu pada pukul 10.35 malam selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
Kelulusan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober lalu menyaksikan lebih banyak suara menyokong berbanding membantah
 
Sebelum ini, Bajet 2016 peringkat jawatankuasa diluluskan di peringkat dasar pada 16 November dengan 128 ahli parlimen menyokong manakala 74 lagi menentang selepas diadakan undi belah bahagi.
 

CATEGORIES
TAGS